Cover SOS Net-Leaflet-1 Net-Leaflet-2

Kursus The Secret Of The Secrets (BASIC)

Penyampai Kursus: Dr. Jamaluddin A Jalal (MDMA)

Tarikh: 7 & 8 April 2012 (Kursus Bulan April)

 

Tempat: Akademi Aura Metafizik 2-3-2, Jalan Megan Setapak 1,

Tmn Megan Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.

BACA LAGI

KursusUmum

KursusCorp

Rawatan

PerundinganKesihatan

PerundinganKeperibadian

Text Size
Bismillah
Kuasa Minda atau disebut sebagai tenaga dalaman dan sekarang ini lebih dikenali sebagai AURA kian popular dalam masyarakat di negara ini. Adalah penting untuk  mendedahkan fungsi Kuasa Minda atau Mind Power dan tahu bagaimana mengimplementasikan tenaga dalaman ini dalam kehidupan seharian, baik dalam rumah tangga, pejabat, mahupun institusi lain yang berkaitan. Di negara-negara maju, pendedahan seumpama ini telah lama mendapat perhatian dan dianggap sebagai salah satu ilmu yang amat berkesan bagi melahirkan individu yang mantap fizikal, mental, emosional dan spiritualnya.   dari itu tidak hairanlah mengapa mereka sering dikatakan sebagai masyarakat yang ke hadapan dari aspek pembangunan minda, akademik dan sebagainya. Kenapa tidak kita?

Untuk meningkatkan pengembangan diri, kita perlu mengetahui bagaimana untuk menjana dan meningkatkan potensi diri melalui kaedah Kuasa Minda (Inner Power) bagi membuka minda sedar dan bawah sedar individu sebelum, semasa dan selepas melakukan sebarang tindakan atau melaksanakan sesuatu program. Ternyata hasil daripada pendedahan ilmu ini telah membawa perubahan yang amat membanggakan bukan sahaja kepada individu yang mengamalkannya, malah juga bermanfaat kepada institusi kekeluargaan, perniagaan dan kewangan serta memantapkan lagi tahap keyakinan dan kebolehan dalam menghadapi sebarang situasi serta cabaran.    

Kebolehan menguasai Kuasa Minda ini mampu membantu  mencemerlangkan potensi diri, kerjaya dan perniagaan  melalui kaedah Kuasa Minda, Tenaga Dalaman atau Inner Power dan Aura, ianya juga ia boleh membantu kita mengenalpasti faktor-faktor yang boleh menjejaskan keupayaan dan kemajuan diri dan cara mengatasinya.  Keupayaan Kuasa Minda atau Aura ini juga boleh digunakan dalam rawatan alternatif sama ada bersifat fizikal, emosional mahupun spiritual. Insyaallah, dengan kaedah yang betul, seseorang individu yang terlatih boleh menggunakannya dalam kehidupan seharian dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan.
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini77
mod_vvisit_counterSemalam144
mod_vvisit_counterMinggu ini77
mod_vvisit_counterMinggu lepas995
mod_vvisit_counterBulan ini1716
mod_vvisit_counterBulan lepas3152
mod_vvisit_counterKesemua92656

Online Now: 1